Popular Posts

Sunday 1 April 2012

sambungan..... masalah oh masalah...

3) kesukaran
sebab berlaku kesukaran adalah samaada kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber sumber yang ada tidak mencukupi. Tenaga perlu untuk atasi kesukaran.
4) peluang
kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Apabila ada peluang kita perlu mengeksploitnya supaya mendapat keuntungan.
5) tidak pasti
dalam masalah kita tidak pasti samaada ada jawapan atau jalan penyelesaian dan tidak tahu mana jawapan yang betul. Ini dinamakan puzzles. Jadi perlu mengkaji kekaburan ini untuk cari jawapan yang betul. Tapi ada puzzles yang tidak dapat diselesaikan contohnya pembunuhan bersiri.
6) dilema
situasi yang amat sukar untuk mencari penyelesaian walaupun mempunyai maklumat yang cukup. Dilemma disebabkan terdapat 2 opsyen dan sukar untuk memilih. Tidak boleh diselesaikan dengan computer tetapi melalui kemanusian , perasaan manusia.

Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik 
  1. Mendefinisikan masalah - Mengenalpasti masalah dengan jelas.
  2. Mengkelaskan masalah - Mengenalpasti risiko yang berkaitan.
  3. Tentukan objektif - Menyelesaikan masalah.
  4. Tentukan ukuran kejayaan
  5. Kutipan data - Prosedur yang diambil untuk mencapai matlamat.
  6. Membuat keputusan - Memilih opsyen yang paling tepat berdasarkan data yang didapati.
  7. Melaksanakan keputusan yang diambil - Tindakan berdasarkan keputusan.
Penyelesaian Secara Saintifik
  1. Mengadakan hipotesis - Sebab timbulnya masalah.
  2. Mengumpul maklumat - Data-data yang relevan.
  3. Membuat kesimpulan - Samaada hipotesis betul atau tidak.

Penyelesaian Secara Kreatif
  1. Topi Hijau - mencari idea-idea alternatif.
  2. Topi Kuning - menganalisis kebaikan dan faedah idea
  3. Topi Putih - manganalisis unsur-unsur keburukan dan kesalahan idea.
  4. Topi Merah - perasaan dan gerak hati
  5. Topi Biru - mengawasi secara keseluruhan

No comments:

Post a Comment