Popular Posts

Monday, 2 April 2012

kaedah penyelesaiaan masalah-budak_student-

Masalah oh masalah..
Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah menghadapi masalah dalam pelbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. tidak seorang pun lepas dari mempunyai masalah. Terpulang kepada seseorang individu itu bagaimana dia menyelesaikan masalahnya. terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, antaranya ialah dengan menggunakan logik akal, ada yang menggunakan penyelesaian berbentuk agam, melalui perasaan dan tak kurang juga yg menggunakan kaedah yang kreatif..

Masalah vs Isu..

seperti kita sedia maklum, masalah dan isu merupakn perkara yg seiring dimana, sekiranya terdapat masalah, di situlah terdapatnya isu sehingga ada yang beranggapan masalh dan isu itu adalh perkara yang sama. pada hakikatnya ia adalah dua perkara yg berbeza.sesuatu masalah memerlukan satu penyelesaian yg segera manakala isu pula perlu ditangani dengan lebih berhati-hati (solve a problem and resolve an issue)

sifat penyelesaian masalah

dalam menyelesaikan masalh, ia juga bergatung bagaimana seseorang itu menangani masalah tersebut. kadang kala kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan cepat dan berkesan dan sebaliknya. sekarang kita akan lihat empat ciri-ciri penting yang menjadikan seseorang individu itu dapat menyelesaikan masalahnya denga berkesan:-
  • Motivasi diri yg kuat
  • trait yg positif
  • jati diri
  • Membina kemahiran
1. motivasi diri yg kuat
apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kekuatan dalaman amatlah penting dlm menhadapi masalah tersebut. setiap masalah yg timbul dihadapi dengan tenang dan sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. bak kata papatah inggeris "worlds not gonna ends" bermaksud sesunlah pengakhiran kepada sesuatu. ia terpulang bagaimana kita menghadapinya dan menyelesaikannya. kita boleh mengambil contoh terbaik  iaitu semangat gigih pencipta lampu mentol Thomas Edison, yg melakukan 9000 eksperimen utk menyempurnakan dan memurnikan lampu mentol.


2. Trait positif
dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sesorang itu memerlukan sifat-sifat peribadi yg positif dalam dirinya. ini kerana sekiranya kita mempunyai trait2 positif, ia dapat melibatkan diri secara total untuk mencari penyelesaian. antara trai2 positif yg boleh dibincangkan ialah individu yg mempunyai trait psikology yg objektif dan komitmen serta kebolehan menerima pertolongan daripada org lain, dimana penyelesai masalah boleh bekerjasama dengan org lain. selain itu. kita haruslah cerdik dan pintar dlm memahami dan menangani isu-isu dan yg terakhir ialah kebolehan seseorang itu terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


3. Jati diri
apa yg dimaksudkan disini ialah seseorang individu itu sedar akan kekuatan dan kelemahan yg ada pada dirinya serta tahubatasan yang akan dihadapi. mereka merupakan individu yg mempunyai tahap keyakinan yg tinggi dan dapat mengawal sesuatu situasi yg timbul. mereka sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan sesuatu masalah.


4. membina kemahiran
penyelesaian masalah juga memerlukan kemahiran yg boleh dipelajari serta teknik-teknik yg betul dalam menangani masalah. ia boleh dipelajari melalui kursus2 pengurusan masalah ataupun bengkel-bengkelpengurusan masalah. 
https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:EmuQ6RhLsiUJ:www.ryerson.ca/~cmiddlet/pubs/psbuffet.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjheDIlCw5EGPXj0uzJnkzoCHtxeoQ_paX6_J9UOMobz4tWWoDyX14ra2oITcKrK8menueBl9390Ah9cwnQiWfOb80bZ5MB4anY9n5FDazw9aju04DLKGHIVuMRT9fXUz17K8TO&sig=AHIEtbRk80ihJiP8VJr3-k-KOL_ODdGTUA


 Masalah-jom berkenalan!!!


sekarang kita akan berkenalan dengan jenis-jenis masalah yg ada, ini penting supaya kita dapat mengenal pasti masalah yg kita hadapi dan cara atau kaedah yg sesuai untuk menanganinya. check it out!!


misteri
sesuai dengan panggilannya, masalah jenis ini tidak dapat diberi satu penjelasan yg nyata tentang terjadinya sesuatu perkara. kita juga tidak dapat menerangkannya dengan logik akal untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu perkara. kadang-kadang kita sedar tentang sesuatu itu terjadi, tetapi kita payah untuk terangkn. betul x???


tugasan
macam mana pula tugasan  boleh diketegorikan sebagai masalah?? jom kita lihat.. Tugasan yg dimaksudkan disini ialah sesuatu yg telah dipertanggungjawabkan kepada seseorang individu itu untuk disempurnakan. setiap tugasan yg disalurkan haruslah jelas dan beserta objektif pencapaiannya. tugasan merupakan kontrak antara dua individu seperti, bos dengan pekerjanya, doktor kepada . dalam tiap-tiap kontrak haruslah jelas, mudah difahami,boleh dicapai dan ada persetujuan antara dua pihak terbabit.

Sunday, 1 April 2012

jom dgr lagu ni... !!!

sambungan..... masalah oh masalah...

3) kesukaran
sebab berlaku kesukaran adalah samaada kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber sumber yang ada tidak mencukupi. Tenaga perlu untuk atasi kesukaran.
4) peluang
kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Apabila ada peluang kita perlu mengeksploitnya supaya mendapat keuntungan.
5) tidak pasti
dalam masalah kita tidak pasti samaada ada jawapan atau jalan penyelesaian dan tidak tahu mana jawapan yang betul. Ini dinamakan puzzles. Jadi perlu mengkaji kekaburan ini untuk cari jawapan yang betul. Tapi ada puzzles yang tidak dapat diselesaikan contohnya pembunuhan bersiri.
6) dilema
situasi yang amat sukar untuk mencari penyelesaian walaupun mempunyai maklumat yang cukup. Dilemma disebabkan terdapat 2 opsyen dan sukar untuk memilih. Tidak boleh diselesaikan dengan computer tetapi melalui kemanusian , perasaan manusia.

Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik 
  1. Mendefinisikan masalah - Mengenalpasti masalah dengan jelas.
  2. Mengkelaskan masalah - Mengenalpasti risiko yang berkaitan.
  3. Tentukan objektif - Menyelesaikan masalah.
  4. Tentukan ukuran kejayaan
  5. Kutipan data - Prosedur yang diambil untuk mencapai matlamat.
  6. Membuat keputusan - Memilih opsyen yang paling tepat berdasarkan data yang didapati.
  7. Melaksanakan keputusan yang diambil - Tindakan berdasarkan keputusan.
Penyelesaian Secara Saintifik
  1. Mengadakan hipotesis - Sebab timbulnya masalah.
  2. Mengumpul maklumat - Data-data yang relevan.
  3. Membuat kesimpulan - Samaada hipotesis betul atau tidak.

Penyelesaian Secara Kreatif
  1. Topi Hijau - mencari idea-idea alternatif.
  2. Topi Kuning - menganalisis kebaikan dan faedah idea
  3. Topi Putih - manganalisis unsur-unsur keburukan dan kesalahan idea.
  4. Topi Merah - perasaan dan gerak hati
  5. Topi Biru - mengawasi secara keseluruhan